Ilmu Tasawwuf adalah suatu ilmu yang tidak asing lagi bagi kita sebagai orang Islam. Namun tidak sedikit di kalangan orang Islam yang menolak ilmu ini dengan alasan ia tidak wujud di zaman Nabi dan para sahabat.
Sedangkan bicarawara "Tasawwuf" itu sebenarnya berkaitan penyucian jiwa yang semenangnya terkandung dalam Al-Quran dan Hadis walaupun namanya tidak dikenali di zaman Nabi namun isi kandungannya ajarannya memang mempunyai asas di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Buku berjudul "Tuhan Ajarilah Aku Cinta, Menjelaskan Kekeliruan Terhadap Tasawwuf" ini menjelaskan kepada kita beberapa kekeliruan terhadap tasawwuf dengan bahasa yang mudah dan senang difahami.
Selain itu, ia juga menyentuh mengenai proses-proses yang perlu dilalui untuk penyucian jiwa dari Takhalli, Tahalli dan Tajalli.
Dan yang agak menarik juga bagi saya ialah bagaimana diterangkan perbezaan orang yang beribadah kerana takut atau terpaksa dengan orang yang beribadah kerana cinta.
Sebuah buku yang perlu dibaca bagi mereka yang menolak ilmu tasawwuf serta bagi mereka yang mahu memahami apa itu Ilmu Tasawwuf.
Nota :
Adapun saya rasa dengan membaca buku ini mungkin anda akan bertambah cinta kepada Ilmu ini.
Taman Pelangi Semporna
29/05/2021
17 Syawal 1442H
3:00PM
No comments:
Post a Comment