Monday, May 31, 2021

2 IN 1 (PKP 3.0 dan PKPD Taman Pelangi Semporna)

Setelah setahun lebih Kerajaan berperang dengan Covid-19 pelbagai tindakan demi tindakan yang telah diambil bagi mengurangkan kes, dan tidak dinafikan pada peringkat awal tindakan yang diambil dengan mengenakan lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Negara pada tarikh 18-31 Mac 2020 menampakkan kesan yang baik di mana kes pernah berkurang hingga 3 kes sahaja dalam Negara iaitu pada 8 Julai 2020 di mana semua kes tersebut melibatkan import sahaja dengan "0" kes melibatkan kes tempatan.



Setelah lebih setahun memerangi Covid19 dalam Negara kali ini Kerajaan terpaksa melaksanakan sekali lagi PKP seluruh Negara bermula 1-14 Jun 2021.

Dalam masa yang sama, kawasan tempat tinggal kami di Taman Pelangi Semporna dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) selama 2 minggu bermula 1-14 Jun 2021 disebabkan peningkatan kes Covid19 di kawasan ini sejak beberapa hari lepas.

Jadi kali ini kami kena hadap PKP dan PKPD sekaligus untuk tempoh 2 minggu bermula esok dan tak boleh keluar kemana-mana.

SOP untuk solat yang terbaru dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Sabah kali ni lebih ketat di mana tidak dibenarkan Solat Jumaat dan hanya dibenarkan Solat Fardu berjemaah di Masjid atau Surau dengan bilangan jemaah tidak lebih dari 12 orang dengan penjarakan fizikal.



Komen :

1) Alangkah bagusnya Jumaat tetap dijalankan dengan menghadkan bilangan jemaah daripada dihentikan terus dan diganti dengan solat zohor.

2) Jika solat jemaah 5 waktu diizinkan sebanyak 12 orang kenapa tidak Jumaat juga dibuat demikian?

3) Kepada Allah kita mengadu dan berserah atas keputusan ini yang pada pandangan peribadi saya kurang tepat.


Taman Pelangi Semporna 
31/05/2021
6:21PM

No comments:

Post a Comment