Wednesday, April 1, 2020

Review Buku : Seni Berfikir Yang Hilang.


Buku ini mengajak kita untuk kembali menyemak kepentingan ilmu-ilmu lain selain ilmu Agama untuk menjayakan sebuah dakwah.

Dakwah adalah kewajipan setiap Muslim untuk disampaikan kepada sasaran dakwah. Oleh kerana sasaran dakwah itu adalah manusia itu sendiri, maka seorang pendakwah tidak boleh berpada dengan ilmu Agama semata-mata tanpa disokong oleh ilmu-ilmu lain seperti ilmu psikologi, sosiologi, sejarah, sains, bahasa dan sebagainya.


Membaca buku ini seolah-olah menjawab beberapa persoalan yang bersarang di fikiran mengenai kegagalan sesbuah dakwah, ia bukan disebabkan kekurangan sumber Agama kita tetapi disebabkan kekurangan ilmu seni berdakwah seorang pendakwah yang meminggirkan beberapa ilmu lain yang penting untuk menyokong usaha dakwah tersebut.


Sejujurnya saya sangat kenyang dengan ilmu yang disampaikan melalui buku ini.

Syukur pada Allah kerana dapat khatamkan buku sebanyak 261 muka surat ini semasa perintah PKP sedang berlangsung sekarang ni.

2 comments: