Thursday, March 26, 2020

Aplikasi Video Chat Google Duo



Pernah dengar tak pasal Google Duo? Rasanya sudah ramai yang tahu pasal aplikasi ini dah telah ramai yang sudah menggunakannya. 



Cuma kali ni saya nak cerita pasal aplikasi ni buat yang belum tahu dan belum pernah menggunakannya.

Aplikasi Google Duo ini sebenarnya ialah merupakan aplikasi video chat yang telah dilancarkan pada bulan ogos 2016 yang lalu di mana dengan aplikasi ini anda boleh berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan melalui panggilan video dan apa yang menariknya ialah pada satu-satu masa anda boleh berhubung dengan 8 orang serentak.

Bilangan maksimum yang dibenarkan untuk melakukan video chat pada satu-satu masa ialah sebanyak 8 orang.

Aplikasi ini boleh didapati melalui playstore bagi pengguna Android dan melalui Apps Store untuk pengguna IOS.

Mula-mula sekali pergi dekat playstore atau apps store kemudian taip Google Duo dan cari aplikasi ini. Sudah anda jumpa terus sahaja anda install.



Sudah selesai install open aplikasi tersebut dan masukkan no phone dan tekan button Agree.





Setelah itu tunggu Verification Code dihantar melalui SMS ke no telefon anda. Masukkan no verification code tersebut setelah anda menerimanya. Jika tidak terima tekan resent code.





Langkah terakhir tekan Allow untuk mengizinkan aplikasi ini mengakses video dan photo daripada phone anda.




Setelah ini anda sudah boleh create group dan menghubungi ahli keluarga dan kawan-kawan anda dengan bilangan had maksimum yang dinerakan ialah sebanyak 8 orang. Kurang daripada 8 tidak mengapa, hanya tak boleh lebih daripada 8 sahaja.

Gambar di bawah ni contoh paparan yang keluar bila anda buat video chat dengan bilangan maksimum seramai 8 orang. Selamat mencuba.!!



No comments:

Post a Comment