Thursday, April 2, 2020

Dialog Harun Ar-Rasyid dengan Buhlul Yang Menginsafkan.!!

Suatu hari, Harun al-Rasyid keluar pergi berburu. Di tengah perjalanan ia bertemu dengan seorang yang bernama Buhlul. Lalu, Harun berkata, Berilah aku nasihat, wahai Buhlul! 



Buhlul berkata, Wahai Amirul Mukminin, di manakah bapa-bapa dan datuk-datuk kamu berada, sejak Rasulullah s.a.w hingga bapamu?

Harun menjawab, Semuanya telah mati. 

Di mana istana-istana mereka? tanya Buhlul. 
Itu istana mereka, jawab Harun. 

Di mana kubur-kubur mereka? tanya Buhlul. 
ini kubur-kubur mereka, jawab Harun. 

Di situ istana mereka, dan di sini kuburan mereka. Bukankah sekarang istana itu sedikit pun tidak memberi manfaat bagi mereka di dalam kubur? tanya Buhlul.

Berkata Harun : Kamu benar, tambahkan nasihat buatku wahai Buhlul.

Berkata Buhlul : Adapun istana kamu di dunia ini adalah luas. Mudah-mudahan kuburmu selepas mati menjadi luas (juga)

Menangis Harun Ar-Rasyid lalu berkata : Tambahkan nasihat buatku.

Buhlul berkata " Wahai Amirul Mukminin, bayangkan engkau memiliki harta karun/perbendaharaan Maharaja Kisra dan diberi umur yang panjang. Lalu apa yang engkau mampu lakukan? Bukankah kubur itu adalah matlamat/tujuan bagi setiap orang yang hidup dan kamu akan disoal setiap satu daripada ini selepas ini?

Berkata Harun : Bahkan, benar.

Kemudian Harun Ar-RAsyid pulang dan terlantar sakit di atas katilnya.


Tidaklah berlalu hari-hari ke atasnya sehingga kematian menjemputnya.






هارون الرشيد .. خرج يوماً في رحلة صيد فمرّ برجل يقال له بُهلول ..

فقال هارون : عظني يا بُهلول ..

قال : يا أمير المؤمنين !! أين آباؤك وأجدادك ؟ من لدن رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى أبيك؟

قال هارون : ماتوا ..

قال : فأين قصورهم ..؟

قال : تلك قصورهم ..

قال : وأين قبورهم ؟

قال : هذه قبورهم ..

فقال بُهلول : تلك قصورهم .. وهذه قبورهم .. فما نفعتهم قصورهم في قبورهم ؟

قال : صدقت .. زدني يا بهلول ..

قال :أما قصورك في الدنيا فواسعة * فليت قبرك بعد الموت يتسع

فبكى هارون وقال : زدني ..

فقال : يا أمير المؤمنين : هب أنك ملكت كنوز كسرى وعُمرت السنين فكان ماذا

أليس القـبر غـاية كـل حيٍ وتُسأل بعده عن كل هذا ؟

قال : بلى ..

ثم رجع هارون .. وانطرح على فراشه مريضاً ..

ولم تمضِ عليه أيام حتى نزل به الموت



No comments:

Post a Comment