Sebagai Ibu Bapa di zaman sekarang ni sudah tentu anak-anak kita sudah terbiasa menonton video dekat Youtube. Apa yang merisaukan kita ialah jika sewaktu anak-anak menonton video melalui Youtube tidak kira samada melalui telefon ataupun melalui Komputer terkeluar video yang tidak sepatutnya ditonton oleh anak-anak kecil tersebut.
Untuk pengetahuan anda semua, pihak Youtube telah mewujudkan "Restrcited Mode" untuk menghalang video tersebut daripada dapat diakses oleh anak-anak kecil.
Dengan bahasa yang mudah untuk difahami ialah, "Restricted Mode" ini bertindak sebagai filter atau menapis yang akan menapis kandungan yang tidak sesuai ditonton oleh anak-anak kecil.
Bagaimana nak aktifkan "Restricted Mode" ini?
Jika anda menggunkan Komputer pertama sekali sila buka Youtube terlebih dahulu.
[1] Langkah pertama klik pada akaun Youtube seperti yang telah saya bulatkan pada no 1 tersebut.
[2] Langkah kedua skrol ke bawah dan cari option Restricted Mode
[2] Langkah kedua skrol ke bawah dan cari option Restricted Mode
[3] Langkah ketiga klik pada tempat yang dibulatkan untuk aktifkan Restricted Mode.
*Selesai.
Jika anda menggunakan Mobile Phone pula, sila buka aplikasi Youtube yang ada pada telefon anda terlebih dahulu.
[1] Langkah pertama klik pada akaun Youtube anda seperti gambar rajah no 1 di atas.
[2] Pilih settings
[3] Pilih general
[4] Dekat bahagian "Restricted Mode" tersebut anda klik untuk aktifkannya.
*Selesai
Taman Pelangi, Semporna
13/05/2020
20 Ramadan 1441H
PKBP Fasa 5
No comments:
Post a Comment