Tuesday, April 28, 2020

Nikmat Apabila Telah Sempurna Ia Akan Mula Berkurang!!

Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi ketika menafsirkan ayat 284 Surah Al-Baqarah ada menyatakan :




ولذلك نقول للذين يَصلون إلى المرتبة العالية في الغنى، أو الجاه، أو أي مجال، لهؤلاء نقول: احذر حين تتم لك النعمة، لماذا؟ لأن النعمة إن تمت لك علواً وغنىً وعافيةً وأولاداً، أنت من الأغيار، وما دامت قد تمت وصارت إلى النهاية وأنت لاشك من الأغيار، فإن النعمة تتغير إلى الأقل. فإذا ما صعد إنسان إلى القمة وهو متغير فلا بد له أن ينزل عن هذه القمة، ولذا يقول الشاعر:
إذا تم شيء بدا نقصه ... ترقب زوالاً إذا قيل تم
والتاريخ يحمل لنا قصة المرأة العربية التي دخلت على الخليفة وقالت له: أتم الله عليك نعمته. وسمعها الجالسون حول الخليفة ففرحوا، وأعلنوا سرورهم، لكن الخليفة قال لهم: والله ما فهمتم ما تقول، إنها تقول: أتم الله عليك نعمته، فإنها إن تمت تزول؛ لأن الأغيار تلاحق الخلق. وهكذا فهم الخليفة مقصد المرأة.

Oleh itu, kita katakan kepada orang-orang yang berjaya sampai kepada martabat yang tinggi dalam soal kekayaan, atau kemuliaan, atau pada lapangan apapun.

Bagi mereka ini kita katakan, berhati-hati ketika telah sempurna untuk kamu nikmat, kenapa?
Kerana nikmat itu jika telah sempurna untukmu berupa ketinggian dan kekayaan, kesihatan dan anak-anak yang ramai, kamu termasuk dalam kategori yang akan mengalami perubahan. Selama mana nikmat telah sempurna dan sampai ke penghujung maka tidak syak lagi ia akan mengalami perubahan. Sesungguhnya nikmat akan berubah sedikit-demi sedikit.

Apabila manusia telah sampai ke puncak (nikmat) maka dia akan mengalami perubahan dan tidak dapat tidak bagi dirinya (yang memiliki nikmat-nikmat itu) akan turun dari puncak ini (Kenikmatan itu pada suatu hari akan turun juga ke bawah)

Sesuai dengan Ungkapan Syair :

Apabila sesuatu telah sempurna maka ia akan mula berkurang
Maka hati-hati terhadap kehilangan nikmat itu apabila dikatakan ia telah sempurna.

Sejarah telah merakamkan kepada kita kisah seorang perempuan arab yang masuk bertemu dengan sang Khalifah dan berkata kepadanya :

"Allah telah sempurnakan nikmatnya ke atasmu."

Hadirin yang berada di sekitar Khalifah mendegar ucapan tersebut dan bergembira, dan mereka menzahirkan kegembiraan mereka.

Tetapi Sang Khalifah berkata kepada mereka :

Demi Allah kamu tidak memahami apa yang ia katakan, Sesungguhnya ia berkata, Allah telah sempurnakan nikmatnya keatas kamu, Sesungguhnya jika sesuatu nikmat itu telah sempurna maka ia akan hilang, kerana perubahan itu akan datang kepada makhluk Allah.

Demikianlah kefahaman Sang Khalifah terhadap maksud perempuan tersebut.

Rujukan :

Tafsir Al-Sya'rawi Juzu' 2 MS 1231

~Muhasabah Musim PKP~

No comments:

Post a Comment