Saturday, March 28, 2020

Jadikan Telefon Pintar Android Anda Sebagai Webcam

Apa yang anda perlukan jika anda mahu jadikan smartphone Android anda sebagai Webcam untuk Windows PC.



Anda hanya perlukan aplikasi yang diberi nama “DroidCam Wireless Webcam”. Aplikasi ini berfungsi untuk menghubungkan antara Smartphone Android anda dengan Komputer anda samada melalui Wireless Connection ataupun USB Connection. 


Sebelum kita pergi lebih jauh, pastikan telefon pintar android anda dan Komputer anda kedua-duanya dihubungkan dengan network yang sama. Jika anda sudah pastikan perkara tersebut, sekarang kita pergi ke langkah seterusnya: 



Langkah 1:

Download dan install aplikasi DroidCam Wireless Webcam ke dalam telefon anda dengan melalui Play Store.



Setelah aplikasi tersebut berjaya diinstall ke dalam telefon pintar anda, pergi dekat Komputer anda untuk langkah seterusnya.

Langkah 2. 

Download dan install software DroidCam Client ke dalam PC anda.

Untuk tujuan ini anda boleh ke link berikut untuk mendownloadnya : https://files.dev47apps.net/DroidCam.Setup.6.0.1.exe 




*Buka lokasi folder software yang telah anda download tersebut kemudian Double click untuk menginstallnya ke dalam PC anda.



*Tekan sahaja next apabila anda diminta untuk berbuat demikian, cuma satu perkara yang perlu diberi perhatian iaitu, apabila anda diminta untuk install driver software daripada "DEV47 APPS", pilih sahaja untuk menginstallnya. Jika anda tidak melakukannya, kesannya ialah Windows client tidak akan dapat dihubungkan kepada aplikasi tersebut yang ada pada telefon pintar anda.





Setelah software berjaya diinstall, buka software tersebut dan ikut langkah seterusnya dengan panduan yang berikut.


Langkah 3. 

Ambil telefon pintar anda kemudian buka aplikasi DroidCam Wireless Webcam yang telah anda install tadi. Tekan Next.



Selepas itu jika DroidCam Wireless Webcam minta kebenaran anda untuk akses camera dan microphone tekan sahaja “Allow”.


Kemudian “DroidCam Wireless Webcam” akan paparkan satu skrin, yang menunjukkan WiFi IP pada telefon anda, dan port yang digunakan oleh telefon anda.


IP address dan Port yang digunakan oleh DroidCam 




*Sekarang buka software DroidCam Client yang telah anda install dekat Komputer anda, kemudian pilih Connect over WiFi (LAN), masukkan Device IP dan DroidCam port yang terpapar pada telefon pintar tadi.





*Kemudian pastikan anda tick dekat Video dan Audio
*Akhir sekali tekan butang start.
*Kalau tidak ada masalah sepatutnya telefon anda sekarang sudah berfungsi sebagai Webcam untuk Komputer anda.

Nota :

Sebenarnya ada dua kaedah untuk anda connect telefon pintar anda dengan Komputer anda iaitu melalui Wifi seperti yang kita buat tadi ataupun melalui cable Usb.

Cumanya untuk buat connection guna USB ia melibatkan "Developer Options," atau lebih jelas lagi "USB Debugging.".


Untuk tujuan ini anda perlu Buka "Developer Options dan cari Usb Debugging dan Turn On dia seperti dalam gambar di bawah.



Setelah itu barulah anda boleh sambungkan cable usb telefon pintar anda dengan Komputer dan pilih untuk buat connection melalui Usb jika tidak mahu buat connection melalui Wifi.

Nota tambahan :

Anda boleh gunakan Webcam tersebut untuk buat live FB, Skype, Guna Google Duo dan sebagainya..Menarik kan?

Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment