Keputusan egtukar untuk guru sesi Jun 2021 sudahpun boleh di semak pada malam ini.
Setelah terjaga dari tidur kira-kira jam 12.40 Pagi cepat-cepat ambo cari telefon dan semak keputusan yang telah diumumkan oleh YB Menteri Pendidikan melalui status Facebook milik beliau.
Sekali lagi keputusan kali ini tidak berpihak kepada ambo dan juga isteri. Perkara ini tidaklah mengejutkan kerana semasa saya berada dalam satu Majlis Forum ambang Ramadan di SMK Bugaya II Semporna bertarikh 10 April 2021, ketika merasmikan program tersebut Tuan PPD ada memaklumkan bahawa dalam mesyuaratnya berkenaan egtukar ini beliau tidak dapat menyokong permohonan oleh guru-guru melainkan hanya melibatkan kes-kes tertentu sahaja.
Saya tidaklah begitu terkejut kerana sudah menjangkakan hal ini cumanya sedikit terkilan kerana setelah lebih 10 tahun berkhidmat di Semporna ini masih lagi tidak dapat dipertimbangkan permohonan saya untuk berpindah. Kerana kekecewaan ini saya terdorong untuk melepaskan satu komen di status Menteri Pendidikan sebagai luahan rasa.
Ketika saya menulis di blog ini, bukanlah saya mahu menyalahkan sesiapa pun tetapi hanya untuk merakamkan kenangan-kenangan hidup yang sukar untuk saya lupakannya.
Kepada Allah jualah saya mengadu akan kekecewaan hati ini.
Semoga ada sinar pada pertukaran Jan 2022 nanti.
Taman Pelangi Semporna
01/06/2021
1:34AM
#PKPDTAMANPELANGISEMPORNA
#Day1
No comments:
Post a Comment