Hari ini merupakan Hari ke 5 Perintah Kawalan Pergerakan yang telah bermula pada 18 Mac yang lalu setelah diumumkan oleh PM ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yasin pada malam 16 Mac 2020 bersamaan hari Selasa.
Bercakap soal Virus Covid-19 yang diisytiharkan sebagai Pandemik oleh WHO ini, terdapat banyak hikmah yang kita boleh lihat melalui suluhan pandangan seorang Muslim yang beriman kepada Allah Taala.
Salah satu hikmahnya ialah wabak ini mengajar kita untuk lebih mengambil berat soal kebersihan diri dan kawasan sekeliling.
Kalau sebelum ni mungkin ada di kalangan kita yang mengambil mudah soal kebersihan diri, namun disebabkan virus ini kita mula membuka mata dan meningkatkan tahap kebersihan diri.
Saya sendiri baru tahu bahawa virus ini kalau di luar badan manusia agak mudah dihapuskan, cukup dengan basuh tangan guna sabun dan air. InsyaAllah virus tersebut akan mati.
Bila bercakap soal kemampuan virus ini untuk menempel dekat apa sahaja permukaan barang mati seperi plastik, kayu, besi, kain dan sebagainya dalam tempoh yang agak panjang menyedarkan kita bahawa setiap barang yang kita pegang selama ini mungkin sahaja didiami oleh virus tertentu, maka penting bagi kita mencuci tangan setelah kita pegang apa-apa sahaja barang tersebut bagi mengelakkan virus tersebut menumpang dan masuk ke badan kita.
Maha suci Allah yang menuntut setiap orang Islam untuk mejaga kebersihan diri dan persekitaran sehingga disebut dalam sepotong Hadis Riwayat Imam Muslim daripada Abu Malik al-Asy'ari bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
Daripada Abu Malik al-Asy'ari dia berkata, ‘Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersuci adalah setengah dari iman, [HR Imam Muslim No 328]
Di sinilah peri pentingnya kita sentiasa membersihkan diri dan persekitaran untuk mengelakkan diri daripada mudah dijangkiti virus yang tidak kita ingini. Semoga Allah berikan kesembuhan kepada mereka yang dijangkiti wabak ini dan semoga Allah pelihara kita semua daripada dijangkita virus ini.
Wassalam....
No comments:
Post a Comment