Thursday, April 11, 2024

UJIAN KEHIDUPAN MENDIDIK JIWA

Janji Allah dalam kehidupan ini setiap yang bernama manusia sudah pasti diuji dengan pelbagai ujian kehidupan dan setiap manusia itu berbeza-beza jenis dan bentuk ujian yang menimpa mereka sesuai dengan tahap keimanan dan kemampuan mereka.

Kita berharap kehidupan ini sentiasa senang dan menyeronokkan tetapi ia bersalahan dengan ketetapan Allah yang menjadikan dunia ini sebagai medan ujian bagi sebuah kehidupan.

Ujian ini akan datang dalam dua jenis bentuk :

1) Ujian berbentuk kesenangan 
2) Ujian berbentuk kesusahan

Wednesday, May 31, 2023

Kali Pertama Mimpi Arwah Mak

 



Sejak arwah Mak meninggal pada tanggal 05.03.2023 yang lepas malam tadi merupakan malam pertama aku bermimpi bertemu dengan arwah Mak.

Aku tidak mahu ceritakan di sini apa yang aku mimpi cumanya cukuplah dalam mimpi itu aku nampak Mak kelihatan gembira.

Sunnguh ini adalah rezeki dari Allah biarpun hanya sekadar bertemu di dalam mimpi.


Wednesday, December 21, 2022

Bilakah Budaya Takfiri Disebabkan Perbezaan Politik Akan Berakhir??

 Takfiri boleh berlaku melalui salah satu dari 3 cara iaitu :

1) Perkataan
2) Perbuatan
3) Hati


Hari ini kita melihat budaya takfiri disebabkan perbezaan parti politik masih belum berakhir bahkan masih ada yang terus menyuburkan fikrah takfiri ini sama ada melalui perkataan, perbuatan mahupun hati.

Kenapa budaya ini masih subur? 

Kenapa ia mengambil masa yang agak lama untuk seseorang keluar dari fikrah ini?

Saya tidak punyai jawapan yang tuntas untuk menjawab persoalan ini cuma pada pandangan saya yang dhaif ia bepunca dari sebuah ketaksuban yang melampau sehingga melahirkan sifat ghuluw ketika berbeza pandangan politik.

Tuesday, November 23, 2021

Mencari Pintu Keluar Yang Tidak Kelihatan

 Dalam kehidupan ini jika satu pintu tertutup buat kita, jangan terlalu fokus kepada pintu tadi dan menunggu terlalu lama sambil berharap ianya cepat-cepat terbuka sehingga mengundang rasa putus asa dalam kehidupan. 


Cubalah tengok di sekeliling, berkemungkinan ada pintu lain yang terbuka untuk kita tanpa kita perasan kewujudannya. Ingatlah setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.

Dan setiap kesusahan pasti akan disusuli dengan kemudahan dan kesenangan.

Walaupun langit tidak selalunya cerah, namun setelah gelap berlalu pastinya mentari akan muncul kembali.


~Taman Pelangi Semporna~
23/11/2021
5:45PM

Friday, June 25, 2021

2nd Dos Buat Abah!!

 
Pada tanggal 23/06/2021 iaitu dua hari lepas Abah mula diberikab 2nd Dos Vaksin Covid-19 dekat Majlis Daerah Ketereh.



Semoga Allah pelihara Abah dan kurniakan Abah kesihatan yang baik di musim covid-19 melanda dunia pada hari ini.


Taman Pelangi Semporna 
25/06/2021
7:31AM

Wednesday, June 2, 2021

Musim Vaksin Covid-19 1st Dos Untuk Abah

Sekarang ni musim pihak KKM sedang sibuk untuk memvaksin mana-mana individu yang telah mendaftar vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

Setakat 1 Jun 2021 jumlah kumulatif pemberian vaksin dos pertama dan dos kedua kepada rakyat ialah sebanyak 3,107,218.

Pada hari ini juga "Abah" mula mengambil vaksin untuk 1st Dos dekat Majlis Daerah Ketereh.




Pemberian 2nd Dos dijangka dilaksanakan pada 23/06/2021 nanti.


Semoga Allah pelihara Abah dari wabak Covid-19 ini dan semoga Abah sentiasa dianugerahkan dengan kesihatan yang baik.

Taman Pelangi Semporna 
02/06/2021
8:19PM

Rezeki Kita Tidak Sama

 Allah telahpun menetapkan rezeki kita semua sejak kita berada dalam kandungan ibu lagi setelah ditiupkan ruh kita oleh Malaikat ketika dalam kandungan.

Konsep rezeki itu sangat luas tidak hanya berkaitan harta semata-mata.

Dan setiap dari kita tidak sama rezekinya.

  • Kesihatan yang baik itu rezeki
  • Anak yang soleh itu rezeki
  • Kesenangan itu rezeki
  • Masa lapang itu rezeki
  • Dapat beribadah itu rezeki
  • Dapat khidmat kepada orang tua itu rezeki
  • Dapat bekerja dengan baik itu rezeki
  • Dapat berpindah dan bekerja dekat dengan keluarga itu rezeki

Dan terlalu banyak dan luas sekali apa yang disebut rezeki itu, dan setiap rezeki itu tidak sama antara kita.