Wednesday, April 21, 2021

Respon Berkenaan Penutupan Masjid di Seluruh Kelantan Ekoran Peningkatan Kes Covid-19

Disebabkan berlakunya peningkatan kes covid-19 yang mendadak semenjak bulan April ni di Negeri Kelantan, pihak MAIK telah mengeluarkan kenyataan akhbar bertarikh 20 April 2021 untuk hanya memberi keizinan kepada 17 buah Masjid sahaja terus beroperasi bermula 21 April 2021 /9 Ramadan 1442H sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Langkah ini dibuat sebagai suatu usaha pihak Kerajaan Negeri untuk mengekang peningkatan kes Covid-19 yang semakin meningkat dan merisaukan.

Komen :

Berkenaan penutupan Masjid ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini, saya berharap pihak Kerajaan Negeri memperhalusi lagi arahan yang telah dikeluarkan.

Kita berharap Masjid tidak ditutup terus sebaliknya diizinkan beroperasi dengan diperkemaskan SOP serta dihadkan bilangan jemaah sahaja.

Ini kerana, setakat ini belum lagi kedengaran kluster Masjid tercetus kerana orang Masjid ni antara yang paling mematuhi SOP.

Bayangkan Pasar Raya dan kedai-kedai runcit serta pelbagai lagi agensi yang besar-besar tidak ditutup terus sebelum ni bila tercetusnya kluster baru dari sana tetapi lain nasibnya dengan Masjid, biarpun belum tercetusnya kluster baru sudahpun dinasihatkan untuk ditutup.

Kita sentiasa akur dan patuh dengan arahan pemerintah dari masa ke semasa namun arahan untuk menghentikan terus operasi Masjid kecuali Masjid yang terpilih sahaja adalah terlebih dalam bertindak.

Alangkah bagusnya jika Masjid dan Surau tidak ditutup terus sebaliknya dikemaskan SOP serta dihadkan jumlah individu yang dibenarkan hadir. Rasanya cara ini lebih baik berbanding memilih untuk menutup terus ke semua Masjid kecuali 17 Masjid yang disebutkan.

Hanya kepada Allah kita mengadu segala kesusahan dan kesulitan kita ini!!

#AnakKelatediPerantauanSemporna
#SKP

21/04/2021
2:47PM



No comments:

Post a Comment